Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Adila Sharinni Wahid
Title :MoU KIAS-Tahfiz Ribat buka peluang huffaz ke Universiti Al-Azhar
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :26 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KOTA BHARU – Pelajar yang menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran di Pusat Pengajian Tahfiz Raudhah Ribat Assyafie kini berpeluang melanjutkan pengajian secara sistematik ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), sebelum ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Pengerusi Pusat Pengajian Tahfiz Raudhah Ribat Assyafie, Datuk Mohd Arif Ismail Al Yamani berkata, laluan akademik lanjutan dalam bidang al-Quran dan Qiraat itu diperoleh hasil pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara pihak tahfiz dan KIAS, di sini pada Isnin lalu. Menurutnya, dua pelajar kumpulan pertama telah mula mendaftar dan mengikuti pengajian di KIAS bermula minggu lepas. “Mereka akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia secara laluan khas selama setahun dan kemudian menyambung ke peringkat diploma dalam bidang berkaitan al-Quran di KIAS. “Selepas itu, mereka berpeluang dihantar ke Universiti Al-Azhar dalam bidang al-Quran dan Qiraat,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. MoU tersebut ditandatangani antara Mohd Arif dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan KIAS, Dr Nurul Akma Mohamed. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Penasihat Pusat Pengajian Tahfiz Raudhah Ribat Assyafie, Datuk Muhammad Nasir Hamzah yang juga Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf. Tambah Mohd Arif, langkah tersebut penting sebagai kesinambungan pendidikan formal selepas pelajar menamatkan hafazan, selain memberi hala tuju yang lebih tersusun dan bertauliah kepada para huffaz. Beliau berkata, pelajar mula mengikuti pendidikan di pusat itu seawal usia 12 tahun dan mengambil masa sekitar lima tahun untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. “Selesai hafazan, mereka diberi peluang mendalami kitab turath di Kompleks Tahfiz Ribat Assyafie di Lubok Jong, Rantau Panjang, Kelantan yang merupakan cawangan ketiga Tahfiz Ribat Assyafie,” katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035