Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Normawati Adnan
Title :Lima penyelidik UPSI terima geran bangunkan kandungan ekonomi penjagaan
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :09 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
IPOH - Lima penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipilih menerima dana penyelidikan melalui Geran Pembangunan Kandungan Ekonomi Penjagaan berjumlah RM100,000. Geran tersebut adalah sebahagian daripada strategi menjadikan Ipoh sebagai hab ekonomi penjagaan yang memberi fokus kepada kesejahteraan komuniti, warga emas, penjagaan kesihatan serta pengukuhan inovasi sosial di negeri ini. Dalam satu kenyataan media, Institut Darul Ridzuan (IDR) memaklumkan, geran tersebut merupakan projek rintis hasil kolaborasi strategik antara IDR dan UPSI yang diselaraskan di bawah agenda pembangunan negeri Perak Sejahtera 2030. "Sebanyak RM100,000 diperuntukkan oleh kerajaan negeri melalui IDR dan dipadankan dengan jumlah sama oleh pihak UPSI sebagai sokongan terhadap penerbitan kandungan bertemakan ekonomi penjagaan. "Lima penerima geran terpilih dalam kalangan penyelidik UPSI selepas melalui proses saringan telus dan berimpak tinggi oleh Research Management and Innovation Centre (RMIC) bersama IDR," jelas kenyataan itu. Geran berkenaan disampaikan sempena pelancaran PEMIKIR Majlis Institusi Pengajian Tinggi (Majlis IPT): Lonjakan Peranan Institusi Pengajian Tinggi dalam Agenda Perak Sejahtera 2030 yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di sini pada Rabu. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Dr Maisarah Ahmad dan Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff. Kenyataan sama memaklumkan, pelancaran PEMIKIR Majlis IPT juga menandakan langkah strategik Kerajaan Perak dalam menyatukan kepakaran akademik pelbagai institusi pengajian tinggi sebagai pemacu utama dasar pembangunan berteraskan ilmu. "Majlis IPT ini ialah kesinambungan daripada Perak Sejahtera 2030 Summit x PEMIKIR Darul Ridzuan yang diadakan pada 9 Oktober 2024 lalu dan kini dikembangkan sebagai platform rasmi bagi menyatukan ahli akademik sebagai penyumbang idea, tenaga dan sumber ke arah kemajuan negeri," kata kenyataan itu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035