Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Sinar Harian
Title :iCEPS kukuhkan kerjasama dengan KKB UiTM
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :24 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM- Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menganjurkan Program Libat Urus bersama Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) UiTM. Ketua Eksekutifnya, Profesor Dr Faizah Abd Majid berkata, program libat urus itu dilaksanakan bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam memperluas akses pendidikan tinggi kepada masyarakat. Menurutnya, iCEPS akan terus menyokong sistem pendidikan fleksibel dan inklusif melalui kolaborasi erat bersama KKB, terutamanya dalam memastikan pelajar golongan B40 terus mendapat peluang pengajian tanpa beban kewangan. “Menerusi program hibrid yang berlangsung dari bilik mesyuarat utama iCEPS, kami membincangkan beberapa agenda penting, termasuk cadangan penubuhan Konsortium KKB, penetapan kriteria pemberian insentif kepada pelajar B40 dan isu berkaitan baki dana serta penambahbaikan pengurusan pelajar. “Penubuhan Konsortium KKB bukan bertujuan menyekat autonomi kolej, sebaliknya sebagai langkah menyelaras pentadbiran, meningkatkan kualiti akademik serta memanfaatkan perkongsian sumber dalam ekosistem iCEPS–KKB. “Program ini menjadi platform penting dalam merangka dasar dan pelaksanaan yang lebih berkesan demi kelestarian program kerjasama UiTM bersama kolej bersekutu di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035