Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Nurul Hidayah Hamid
Title :Naib Canselor UKM bertemu Ketua Audit Negara bincang langkah tambah baik tadbir urus universiti
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :23 Julai 2023
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM – Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sufian Jusoh mengadakan pertemuan dengan Ketua Audit Negara di Parlimen pada Rabu bagi membincangkan langkah-langkah penambahbaikan susulan dapatan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 membabitkan institusi pendidikan itu. UKM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius dapatan laporan berkenaan, terutama melibatkan aspek ketidakpatuhan proses perolehan bagi projek-projek pembekalan perkhidmatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). "Sebagai institusi pengajian tinggi awam yang berintegriti, UKM komited untuk memastikan setiap perbelanjaan diurus secara telus dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. "Justeru itu, sebagai langkah proaktif, Naib Canselor telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Audit Negara di Parlimen," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Jabatan Audit Negara pada Selasa dilaporkan mendedahkan bahawa tiga daripada keseluruhan tujuh tender perolehan berjumlah RM66.64 juta yang membabitkan UKM tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan. Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, Jawatankuasa Perolehan Tender universiti itu telah meluluskan tiga daripada tujuh tender kepada syarikat yang tidak disyorkan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Kewangan dan Pra-Tender. Antara projek yang dikritik adalah pembekalan, penghantaran, pemasangan dan pentauliahan sistem Linear Accelerator (LINAC) serta peralatan sokongan dan kerja ubah suai di HCTM. Sementara itu, UKM menegaskan bahawa pihaknya akan bertindak selaras dengan syor Jabatan Audit Negara agar menambah baik Garis Panduan Perolehan UKM berkaitan proses penilaian dan pemilihan kontraktor. Usaha itu, katanya, bagi memastikan ia selaras dan mengikut Pekeliling Perbendaharaan serta peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035