Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Nik Amirulmumin Nik Min
Title :Al-Sultan Abdullah bantu mangsa kemalangan di hadapan Istana Abdulaziz
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :26 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN- Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghulurkan bantuan kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya di hadapan Istana Abdulaziz, di sini pada Jumaat. Keprihatinan Tuanku dikongsikan melalui Facebook Kesultanan Pahang. Berdasarkan hantaran itu, kejadian berlaku ketika baginda dalam perjalanan untuk beriadah. "Secara tidak sengaja, baginda menyaksikan kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar tiang berhadapan kawasan istana. "Baginda segera meninjau dan menghampiri mangsa yang ketika itu sedang menahan kesakitan akibat kecederaan yang dialami," ujar kenyataan itu. Jelasnya, baginda bertanyakan keadaan mangsa dan memastikan bantuan kecemasan serta penghantaran mangsa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut. Keprihatinan Al-Sultan Abdullah terserlah apabila baginda sering menangguhkan perjalanan dan memberhentikan kenderaan bagi membantu mangsa kemalangan walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Pada Jun lalu, Al-Sultan Abdullah sanggup turun dari kenderaan bagi membantu mangsa kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari bermain padel di sebuah hotel di sini. Ketika itu, baginda sedang melalui Jalan Teluk Sisek kira-kira jam 6.55 petang dan kebetulan berlaku kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta. Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal, lelaki berusia 27 tahun, terbaring kesakitan dengan kecederaan di kaki dan tangan. Tanpa berlengah, baginda segera menenangkan mangsa dengan menitipkan nasihat dan meminta pengawal pengiring menghubungi ambulans. Pada Disember tahun lalu, baginda turut menangguhkan perjalanan dan memberhentikan kenderaan bagi membantu mangsa kemalangan di Jalan Sultan Ahmad berhampiran Istana Saadah, Pekan. Selain itu, baginda pernah juga berangkat turun dari kenderaan sebaik sahaja terlihat sebuah kenderaan terbabas di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) berhampiran susur keluar Tol Gambang di sini, serta beberapa kejadian lain lagi.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035