Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :Tengku Hassanal sertai latihan komando TUDM
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :30 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Pembukaan Latihan Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Kursus Komando TUDM Siri 32/2025. Baginda bukan sahaja menghadiri majlis pembukaan tersebut, malah turut berkenan menyertai sendiri latihan bersama Pasukan Khas Udara (Paskau) dan Kursus Komando TUDM yang dijadualkan berlangsung selama tiga bulan, bermula Selasa hingga akhir Oktober ini. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di laman sosial rasmi Facebook Kesultanan Pahang pada Rabu. Majlis berkenaan turut dihadiri Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya dan Panglima Rejimen TUDM, Brigedier Jeneral Mohd Zairul Hisham Muhamad Ibrahim. Paskau merupakan unit elit di bawah TUDM yang memainkan peranan penting dalam mempertahankan ruang udara negara. Pasukan tersebut ditubuhkan bagi menangani situasi kritikal seperti rampasan pesawat, ancaman terhadap pangkalan udara serta melaksanakan operasi khas berisiko tinggi demi keselamatan negara.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035