Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Mohd Rafi Mamat
Title :Pahang Rangers ke final Piala Futsal Malaysia
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :19 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: 'Anda bukan bermimpi tapi kenyataan', tegas jurulatih Pahang Rangers FC, Luis Fonseca selepas skuad bimbingannya berjaya melangkah ke pentas final Piala Futsal Malaysia 2025. Tewas 5-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di peringkat separuh akhir pertama di gelanggang sendiri, Tok Gajah melakar keajaiban dengan membenam lawan 8-4 pada aksi kedua, sekali gus membayangi kehebatan juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 1 2025 dengan kemenangan agregat 11-9. Keegoan Harimau Selatan di gelanggang sendiri, kelmarin dinafikan menerusi empat jaringan Felipe de Souza pada minit ke-13, 22, 24 dan 49 diikuti Ahmad Harith Na'im Mohd Nasir (m-12 dan 45), Matheus Moura (m-39) dan Norakmal Norizal (m-49). Di pentas akhir, Pahang Rangers akan berhadapan Selangor FC di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan, Sabtu ini. Menurut Fonseca, tidak ada ucapan yang lebih manis dapat diberikan kepada barisan pemain Pahang Rangers melainkan tahniah dan terima kasih di atas kesungguhan serta semangat juang yang begitu tinggi dipamerkan pemain sepanjang perlawanan kelmarin. Katanya, walaupun tidak banyak harapan diletakkan untuk meraih kemenangan di tempat lawan terutama selepas ketinggalan dengan agregat 3-5, akhirnya tembok kehebatan lawan dapat diruntuhkan untuk layak beraksi di perlawanan akhir Piala Futsal Malaysia 2025. "Kebangkitan sensasi hadir pada penghujung perlawanan hingga mengheret ke masa tambahan suatu yang begitu mendebarkan, rezeki berpihak pada kita (Pahang Rangers) apabila berjaya menghasilkan jaringan yang begitu diharapkan. "Janji saya selepas perlawanan separuh akhir pertama Pahang Rangers pasti ke pentas final sudah dibuktikan, kita memiliki banyak kelebihan berbanding lawan. Kelebihan itu dibuktikan pada perlawanan kelmarin. "Tumpuan kini lebih tertumpu pada perlawanan akhir bertemu Selangor, Sabtu ini. Peluang untuk kita mencatat kemenangan sudah terhidang. Pemain saya perlu mengambil setiap peluang terhidang untuk menghasilkan jaringan. "Rekod dua kekalahan pada saingan MPFL tidak sedikit pun membimbangkan saya, bagaimanapun pemain diingatkan supaya tidak terlalu yakin untuk mencatat kemenangan dan tidak terlalu menghormati lawan," katanya.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035