Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :TN Alagesh
Title :'Saya sedih 9 anggota polis terbabit rasuah, kita tak mahu jadi contoh kontinjen yang buruk...' - KP Pahang
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :08 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, menggesa semua ketua polis daerah di negeri ini memantau pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka supaya tidak terbabit dalam kegiatan boleh mencemarkan reputasi pasukan. Beliau berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi mengekalkan standard integriti yang tinggi dalam jabatan, manakala anggota terbabit dalam salah laku akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja jika siasatan mendapati mereka bersalah. Katanya, kes membabitkan sembilan pegawai dan anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah di dua daerah di Pahang sepanjang minggu lalu, amat menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku. "Sekiranya dakwaan terhadap anggota polis yang bertugas di Temerloh dan Kuantan itu terbukti benar, tindakan mereka sudah mencemarkan reputasi Kontinjen Polis Pahang. "Saya sedih dengan tindakan mereka, kita tidak mahu Kontinjen Pahang menjadi contoh yang buruk. "Ini adalah insiden yang tidak sepatutnya berlaku kerana mereka akan berdepan tindakan tatatertib, termasuk dibuang kerja, sekiranya tuduhan itu terbukti benar," katanya selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kuantan daripada Superintendan Mohd Adli Mat Daud kepada Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuantan, hari ini. Ashari sebelum ini adalah Ketua Polis Daerah Alor Gajah. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes penahanan dilakukan SPRM terhadap 10 anggota polis termasuk seorang yang sudah bersara, di Temerloh dan Kuantan kerana terbabit dalam kes rasuah dadah dan air ketum. Sembilan daripada suspek ditahan di Temerloh, manakala seorang lagi ditahan di tempat kerjanya di Kuantan awal minggu ini. Yahaya berkata, semua sembilan pegawai dan anggota polis terbabit kini dibebaskan dengan jaminan SPRM. Beliau berkata, setakat ini, polis belum mengambil sebarang tindakan atau menggantung tugas mereka kerana pihaknya sedang menunggu hasil siasatan dijalankan JIPS dan SPRM.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035