Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :Sultan Pahang titah solat hajat, doa tolak bala pada malam Jumaat
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :27 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua masjid dan surau di seluruh negeri mengadakan solat hajat dan doa menolak bala pada malam Jumaat esok. Titah itu dikeluarkan baginda susulan siri bencana gempa bumi yang melibatkan Malaysia baru-baru ini, sekali gus menzahirkan rasa prihatin dan kebersamaan terhadap kesejahteraan rakyat serta keselamatan negeri. Al- Sultan Abdullah bertitah agar umat Islam di negeri Pahang memperkukuhkan doa dan meningkatkan amal ibadah serta bersatu hati memohon perlindungan ALLAH SWT daripada sebarang musibah. “Beta turut meminta rakyat bersama-sama berdoa agar ALLAH SWT melindungi negeri ini daripada segala bencana serta mengekalkan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran untuk seluruh rakyat,” titah baginda menerusi satu hantaran di Kesultanan Pahang pada Rabu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035