|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN – Seramai 11 ‘bayi merdeka’ dilahirkan di hospital-hospital di Pahang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 pada Ahad.
Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Dr Saiful Azlan Sharif berkata, kelahiran tersebut melibatkan lima bayi lelaki dan enam bayi perempuan yang dilahirkan bermula tengah malam sehingga jam 11 pagi.
Menurutnya, daripada jumlah itu, sembilan bayi dilahirkan secara normal manakala dua lagi melalui kaedah pembedahan, dan semua mereka dilaporkan sihat serta stabil.
"‘Bayi merdeka’ pertama dilahirkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh pada jam 1.10 pagi tadi.
"Bayi lelaki seberat 3.28 kilogram ini merupakan anak kepada pasangan penjawat awam," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau memaklumkan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mencatatkan kelahiran tertinggi iaitu seramai lima orang bayi, diikuti Hospital Kuala Lipis (tiga bayi), Hospital Pekan (dua bayi) dan seorang lagi bayi di HOSHAS.
"Tahniah kepada ibu dan bapa yang menyambut kelahiran anak mereka pada Hari Kemerdekaan ini," katanya. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |