Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Zuraimee Zainal
Title :UiTM barakan semangat merdeka di Shah Alam
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :06 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan Kemerdekaan ke-68 menerusi penganjuran Program Jalan-Jalan Kemerdekaan 2025 yang berlangsung meriah di kampus induk Shah Alam, pada Rabu Program anjuran bersama pelbagai jabatan dan entiti dalam universiti itu bukan sekadar aktiviti riadah, sebaliknya sarat dengan mesej kebersamaan, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air. Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin, ketika merasmikan program berkenaan, menegaskan bahawa inisiatif seperti ini penting dalam membentuk jiwa patriotik warga kampus. “Kita ‘jalan-jalan’ hari ini bukan hanya untuk menyihatkan tubuh badan, tetapi sebagai simbol menyemarakkan semangat juang yang diwariskan oleh para pejuang kemerdekaan negara,” katanya. Program bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni itu merupakan usaha bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Akademik Kenegaraan Malaysia, Jabatan TNC ICAN, Jabatan Pembangunan, Jabatan Digital, Stratcomm, Pusat Sukan, Pusat Kesihatan, Polis Bantuan, ZAWAF, Unit Kenderaan serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam. Menurut Prof Shahrin, tema sambutan tahun ini membawa maksud mendalam tentang pembinaan masyarakat yang berteraskan nilai kemanusiaan, integriti dan jati diri. “Tema ini menuntut kita bertanggungjawab dan berintegriti dalam setiap tindakan sama ada sebagai pendidik, pentadbir atau pelajar. “Negara yang kuat lahir daripada rakyat yang bersatu, dan rakyat yang bersatu lahir daripada hati yang cintakan tanah air,” tegasnya. Beliau turut mengajak seluruh warga universiti agar terus mengekalkan semangat cinta negara, bukan sekadar ketika bulan Ogos tetapi sepanjang hayat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035