Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Nik Amirulmumin Nik Min
Title :Insiden pesawat TUDM: Sultan Pahang ziarah mangsa terselamat
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :23 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke lokasi insiden kemalangan membabitkan pesawat pejuang F/A-18D Hornet di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Jumaat. Kesultanan Pahang dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, keberangkatan baginda diiringi Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris. Menurut kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menziarahi juruterbang, Mejar Mohamad Azhar Alang Kamarudin, 34, serta jurusensor senjata pesawat, Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh TUDM, 28, yang terselamat dalam tragedi tersebut. Kedua-dua mereka kini dirawat di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), Pangkalan Udara Kuantan. Pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu terlibat dalam kemalangan ketika sedang berlepas untuk melaksanakan latihan penerbangan rutin pada malam Khamis lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 9.05 malam itu, pesawat terbabit musnah sepenuhnya. Namun, atas kecekapan dan pengalaman, dua anak kapal berjaya melakukan prosedur kecemasan serta keluar daripada pesawat dengan selamat. Susulan itu, TUDM mengumumkan operasi penerbangan membabitkan pesawat F/A-18D Hornet digantung sementara berkuat kuasa pada Jumaat. Keputusan itu dibuat bagi memudahkan lembaga siasatan menjalankan siasatan terperinci.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035