Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Title :MSU, universiti swasta pertama di Malaysia tawar program perubatan veterinar
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :8 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM: Management and Science University (MSU) terus mencipta sejarah apabila melancarkan School of Veterinary Medicine (SOV), sekali gus menjadikannya universiti swasta pertama di negara ini menawarkan program Doctor of Veterinary Medicine (DVM). Pelancaran itu mengukuhkan lagi kedudukan MSU dalam landskap pendidikan tinggi negara, khususnya dalam bidang sains kesihatan dan perubatan. Inisiatif ini diyakini mampu memenuhi permintaan tenaga profesional veterinar yang semakin meningkat, dengan peranan melangkaui amalan klinikal semata-mata termasuk aspek keselamatan makanan dan kesejahteraan komuniti. Majlis pelancaran yang berlangsung di Performing Arts Theatre, kampus induk MSU, disempurnakan oleh Presiden merangkap Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid. Yang turut hadir, Naib Canselor MSU, Prof Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid, barisan pengurusan kanan universiti serta tokoh akademik dan industri veterinar. Majlis itu turut menyaksikan pelantikan Prof Datuk Dr Bashir Ahmad Fateh Mohamed sebagai dekan pertama SOV. Pada masa sama, pertukaran memorandum persefahaman (MoU) diadakan antara MSU dengan beberapa rakan industri termasuk Vet Partners (M) Sdn Bhd, Teguh Setia Jaya dan AGK Dairy Fresh Sdn Bhd. Dalam ucapannya, Mohd Shukri menegaskan. penubuhan SOV mencerminkan komitmen MSU memajukan industri kesihatan haiwan, penyelidikan, pendidikan serta piawaian profesional bertaraf global. "Penubuhan SOV bukan sahaja menyentuh aspek kesihatan haiwan, malah memberi impak kepada keselamatan makanan, sistem bekalan negara serta kesejahteraan masyarakat. "Kami percaya SOV akan melengkapi dan menyumbang kepada perkembangan landskap pendidikan veterinar negara. Kami merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong penubuhan SOV ini," katanya. Pelancaran turut diserikan dengan forum bertajuk "Advancing Animal Industry through Excellence in Veterinary Education", yang menampilkan tokoh akademik, industri dan profesional veterinar. Antara yang berkongsi pandangan termasuk , Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Dr Mohd Noor Hisham Mohd Harun; Datuk Jeffrey Ng Choon Ngee dari FLFAM; serta pakar ternakan dan haiwan kecil tempatan. Dengan tertubuhnya SOV, MSU kini melengkapkan rangkaian fakulti sedia ada dalam Kluster Sains Perubatan dan Kesihatan termasuk International Medical School (IMS), School of Pharmacy (SPH), School of Dentistry (SOD) dan Faculty of Health Life & Sciences (FHLS).  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035