|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUALA LUMPUR: Pasukan berbasikal UiTM melakar sejarah apabila merangkul pingat emas buat kali pertama di Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) Ke-13 yang berlangsung di UiTM Cawangan Perak kampus Seri Iskandar.
Pengurus pasukan, Norhilman Nordin menyifatkan pencapaian itu sebagai satu kejayaan membanggakan apatah lagi mereka hanya meletakkan sasaran awal untuk meraih tempat ketiga.
Katanya, usaha ini diraih menerusi hasil kerjasama dan keserasian pasukan sekali gus membantu mereka meraih pingat emas pada edisi kali ini.
"Apa yang paling membanggakan adalah kami berjaya menewaskan pasukan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terdiri daripada bekas pelumba negara.
"Kita pula membariskan pelumba untuk mewakili UiTM dari pemenang pingat dalam sukan peringkat dalaman iaitu Karnival Sukan Staf UiTM (KARiSTA) 2025.
"Mereka disatukan menjadi satu pasukan yang lengkap terdiri dari staf UiTM pelbagai cawangan yang terdiri dari UiTM cawangan Kelantan, Perlis, Perak, Selangor dan Sarawak," kata Norhilman.
Tempat kedua dimenangi oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan ketinggalan 8 saat di belakang dan tempat ketiga dari DBKL yang ketinggalan 11 saat di belakang.
Sebagai rekod, sebanyak lapan pasukan yang terdiri dari 44 peserta dari pelbagai agensi kerajaan mengambil bahagian dengan forrmat pertandingan adalah berbentuk criterium yang dijalankan di dalam kampus.
Pertandingan yang bermula 9 hingga 13 September ini mempertandingkan 16 acara sukan membabitkan 3,702 atlet dan 616 pegawai dari 58 agensi kerajaan. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |