|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Abstract : |
| GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) menawarkan 4,236 tempat bagi pengambilan pelajar ijazah sarjana muda tahun ini, meningkat sebanyak 4.5 peratus berbanding tahun lalu.
USM menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, universiti itu komited dalam memastikan akses pendidikan tinggi yang adil, seimbang dan inklusif untuk semua pelajar tempatan berkelayakan.
Berikutan itu, USM masih membuka peluang kemasukan ke universiti itu membabitkan 35 program ijazah sarjana muda untuk pengambilan Oktober 2025 melalui saluran perdana dengan tempoh rayuan masih dibuka sehingga 14 September ini.
"Sains Komputer menjadi antara bidang keutamaan tahun ini serta menunjukkan peningkatan pengambilan pelajar sebanyak 11 peratus merangkumi bidang pembangunan perisian, data sains, keselamatan siber, kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan.
"Selain itu, bidang kejuruteraan turut menunjukkan peningkatan 13.6 peratus berbanding 2021 selaras usaha menyokong Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan menjadikan Malaysia sebagai hab industri semikonduktor global," katanya.
Sementara itu, Naib Canselor USM, Prof Datuk Seri Ir Dr Abdul Rahman Mohamed turut menegaskan bahawa setiap anak tempatan yang layak patut diberi peluang menyambung pengajian ke universiti.
Katanya, rayuan terbuka kepada semua pemohon yang memenuhi syarat dengan permohonan atau semakan maklumat lanjut boleh diperoleh melalui pautan https://upu.mohe.gov.my. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |