Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Norzamira Che Noh
Title :Kanser tulang jadi pendorong genggam ijazah
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :11 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM: Bergerak hanya dengan sebelah kaki bukan penghalang buat Muhammad Alif Aiman Juyana @ Azlan, 27, menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengangkutan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, semalam. Graduan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan itu menyifatkan kejayaannya sebagai simbol kemenangan menentang cabaran hidup selepas disahkan menghidap Right Tibia Osteosarcoma iaitu kanser tulang yang jarang berlaku namun agresif, ketika berusia lapan tahun. "Alhamdulillah, saya sangat gembira kerana saat yang ditunggu-tunggu tiba juga. Terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan. "Saya disahkan menghidap kanser tulang pada 2006 ketika berusia lapan tahun dan menjalani rawatan kemoterapi selain perlu menerima kenyataan kaki kanan perlu dipotong. "Itu bukan pematah semangat dan saya nekad mahu buktikan kekurangan bukan penghalang kejayaan.   "Kredibiliti seorang OKU tidak terhenti di situ. Kami mampu meneruskan perjalanan dengan semangat, kemudahan dan bimbingan yang diberikan," katanya yang kini bertugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat penyedia logistik dan haulage di Pelabuhan Klang. Beliau mengakui ramai tidak percaya kemampuannya bekerja di gudang tetapi sokongan majikan serta rakan sekerja menjadikannya mudah. Buat masa ini, Muhammad Alif Aiman mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya dalam bidang logistik, namun bercita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana pada masa depan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada UiTM kerana menyediakan kemudahan lengkap buat OKU di setiap cawangan fakulti.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035