Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Wartawan BH
Title :Kembar seiras gembira bergraduasi bersama
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :13 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM: Sepasang kembar mencatat sejarah menerima segulung ijazah masing-masing pada sesi yang sama sempena Istiadat Konvokesyen ke 102 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, baru-baru ini. Menurut wartawan slot Fail Mahkamah stesen TV3 yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa (Penyiaran), Wan Nur Afiqah Saifulrizal, 24, kejayaan itu adalah kenangan manis bagi dirinya kerana dapat sama-sama meraikannya bersama adik kembarnya, Wan Nur Aqilah yang muda lima minit daripada usianya. "Saat berduka atau sakit kami berkongsi rasa terbabit ibarat cubit peha kanan peha kiri pun terasa sakit. "Inikan pula saat gembira masing-masing menggenggam segulung ijazah sudah pasti rasa berkenaan kami berdua dan keluarga kongsi bersama," katanya selepas menerima ijazah itu hari ini. Wan Nur Afiqah yang ingin terus menyambung pengajian sarjana berkata, kejayaan mereka adalah berkat kesabaran ibu, Siti Mazlifah Ahmad Zawawi, 52, dan bapa, Saifurizal Abdul Ghany, 53, yang menjaga dan mendidik mereka sejak dilahirkan secara pembedahan. Sementara itu, Wan Nur Aqilah yang menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Interpersonal berkata, pengalaman bergraduasi bersama sebagai pasangan kembar bukanlah suatu perkara yang boleh dilalui setiap hari kerana keduanya dalam fakulti sama tetapi kursus berbeza. "Perasaan sama macam semasa kami berdua menerima diploma sebelum ini.Bila tengok kakak naik pentas rasa seperti dua kali terima ijazah cuma berbeza kursus. "Sama seperti kalau seorang sakit atau demam. Bila seorang sembuh yang seorang lagi mendapat giliran untuk sakit pula," katanya. Bagi Saifurizal yang berasal dari Kampung Jenalik Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak, sebagai bapa dia dan isteri memberi kasih sayang sama rata kepada anak kembarnya itu dan sentiasa memberi sokongan dalam pelajaran mereka.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035