Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Ruwaida Md Zain
Title :Matrikulasi wajar kekal demi akses pendidikan adil, inklusif - UiTM
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :13 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) berpendirian program matrikulasi wajar dikekalkan sebagai salah satu laluan signifikan ke institusi pengajian tinggi (IPT) demi menjamin akses pendidikan tinggi yang adil, inklusif dan seimbang untuk semua penuntutnya. UiTM dalam kenyataan, berkata cadangan pemansuhan matrikulasi berpotensi mengehadkan peluang anak muda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. "Perkara ini juga tidak selari dengan matlamat pembangunan pendidikan negara dalam jangka panjang, khususnya dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk pembangunan negara. "Matrikulasi adalah mekanisme penting yang bukan sahaja membuka jalan ke universiti, malah menjadi instrumen keadilan sosial dalam memastikan tiada pelajar tercicir daripada peluang menjejakkan kaki ke menara gading. "UiTM percaya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa komited dalam memastikan setiap anak Malaysia mendapat akses pendidikan yang holistik serta adil, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut UiTM, sebagai sebuah universiti awam yang sinonim dengan agenda pembangunan Bumiputera, UiTM menegaskan ekosistem pendidikan tinggi negara adalah tanggungjawab bersama dan tidak wajar dijadikan polemik berpanjangan. "Pendidikan adalah asas pembinaan negara bangsa dan UiTM menyeru agar program matrikulasi terus diperkasa, bukan dipertikaikan, kerana ia terbukti menjadi antara laluan akademik paling berkesan dalam membina modal insan yang lestari, cemerlang dan berdaya saing pada masa hadapan," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035