Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang kurnia sumbangan kepada waris anggota TUDM lemas
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :22 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada waris anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Allahyarham Laskar Udara 1, Muhammad Daniel Khairul Azha yang lemas di Air Terjun Giam, Jalan Puncak Borneo, Padawan, Sarawak, semalam. Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan sumbangan itu disampaikan oleh Pengelola Bijaya Diraja Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya kepada bapa Allahyarham, Khairul Azha Osman di Pangkalan Udara Kuantan di sini, petang Isnin. Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Udara Kuantan kira-kira jam 6 petang Isnin untuk dibawa pulang ke rumah di Felda Keratong 08, Muadzam Shah, Rompin. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Keratong 08 mengikut istiadat ketenteraan malam ini. Muhammad Daniel berkhidmat di Cawangan Bomba Pangkalan Udara Kuching, Sarawak. - Bernama
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035