Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :Tunku Azizah tidak pernah tawar bantuan di TikTok - Istana Pahang
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :08 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Istana Pahang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pernah menawarkan sebarang bentuk bantuan kepada orang ramai melalui platform TikTok. Perkara itu dinyatakan menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi Kesultanan Pahang pada Isnin. Menurut kenyataan itu, penafian tersebut dibuat susulan kemunculan sebuah akaun TikTok menggunakan nama 'Datuk Muhammad Yusuf' yang didapati giat memperdaya masyarakat dengan memanipulasi wajah baginda menerusi teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Istana Pahang turut menegaskan bahawa perbuatan tersebut merupakan cubaan penipuan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan imej institusi diraja. "Orang ramai diminta agar lebih berhati-hati, bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran palsu yang disebarkan di media sosial," menurut kenyataan itu. Selain itu, masyarakat juga diminta segera membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya dihubungi atau menerima sebarang mesej mencurigakan yang menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035