Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Fazli Ahmad
Title :Limpahan air laut punca kematian ikan di Tasik Taman Gelora
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :3 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Limpahan air laut disebabkan fenomena air pasang besar ke tasik di Taman Gelora di sini, dipercayai punca pelbagai spesies ikan mati, sejak kelmarin. Datuk Bandar Kuantan, Datuk Zaliza Zulkipli berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu menyebabkan peningkatan tahap kemasinan air dan mengubah keseimbangan ekosistem semula jadi tasik itu. Beliau berkata, susulan kejadian itu Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menjalankan ujian kualiti air tasik terbabit dan Jabatan Perikanan Pahang sedang melakukan analisis forensik untuk mengenal pasti punca kematian itu secara saintifik. "Fenomena air pasang itu mengubah ekosistem air tasik berkenaan adalah kejadian alam semula di luar jangka. "Perubahan itu berlaku secara mendadak dan peningkatan tahap kemasinan air tasik itu dipercayai punca utama pelbagai spesies ikan hidup dan membiak secara semula jadi di tasik berkenaan mati," katanya menerusi kenyataan media. Zaliza berkata, tasik Taman Gelora itu mempunyai pelbagai spesies ikan termasuk ikan susu, tilapia, kapas dan siakap merah. Katanya, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) sedang memantau keadaan dan pada masa mengutip bangkai ikan di tasik itu. "Kerja pembersihan sedang dilakukan bagi memastikan kawasan rekreasi itu kekal bersih. "MBK juga akan berkerjasama rapat dengan agensi berkaitan memastikan keseimbangan ekosistem dan kebersihan Tasik Taman Gelora terpelihara untuk keselesaan serta keselamatan pengunjung," katanya. Semalam media, melaporkan pengunjung Taman Gelora, di sini, berdepan bau tidak menyenangkan kerana ribuan ikan di tasik itu mati sejak kelmarin.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035