Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Raiham Mohd Sanusi
Title :21 subjek UiTM tersenarai dalam QS World University Rankings
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :15 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengharumkan nama Malaysia apabila 21 subjeknya tersenarai dalam QS World University Rankings by Subject, termasuk bidang Law & Legal Studies yang berada di kedudukan 301 hingga 350 dunia. Ia sekali gus menjadikan UiTM antara empat universiti awam di negara ini yang terpilih menerima pengiktirafan tersebut kali ini. UiTM berkata, pencapaian itu bukan sekadar angka tetapi menjadi kayu ukur kepada kesungguhan universiti dalam membangunkan bakat profesional bumiputera selari dengan semangat Akta 173 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. “UiTM sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan tinggi demi melahirkan bakat negara seiring kecemerlangan akademik. “Syabas dan tahniah kepada seluruh warga UiTM yang terus komited menjulang martabat universiti unggul ini!” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin. Tiga lagi universiti awam negara yang tersenarai dalam QS World University Rankings by Subject ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035