Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Amir Hamzah Nordin
Title :Gajah dikesan berkeliaran berhampiran bandar Jerantut
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :5 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
JERANTUT: Seekor gajah yang pernah mengganggu penduduk dekat Kampung Som di sini sejak tahun lalu, dilihat cuba memasuki kawasan kuarters Klinik Kesihatan Jerantut di sini, hari ini. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yassin berkata, jabatan itu menerima laporan mengenai kehadiran gajah itu jam 10.15 pagi tadi. Menurutnya, berdasarkan maklumat itu pegawai PERHILITAN melakukan pemantauan dan mengesan seekor gajah di kawasan hutan berhampiran kuarters itu. Katanya, pemerhatian awal mendapati gajah itu disyaki mamalia sama dikesan di kawasan Kampung Som. "Pegawai PERHILITAN sudah melakukan pemeriksan dan mengesan jejak gajah itu. "Anggaran saiz tapak kaki gajah itu lebih 35 Sentimeter dan turut ditemui ialah najis mamalia terbabit di sekitar kawasan hutan," katanya. Rozidan berkata, pihak berkuasa mengesahkan wujudnya pergerakan gajah di kawasan terbabit dan menasihatkan penduduk sekitar supaya berwaspada. Katanya, berdasarkan siasatan juga PERHILITAN mengesahkan sehingga kini hanya seekor gajah di kesan di kawasan itu. "Pemantau dan usaha menangkap gajah itu sedang dilakukan untuk dipindahkan ke habitat lebih selamat. "Susulan kewujudan gajah ini, orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan segera memaklumkan kepada Perhilitan jika mengesan kehadiran mamalia itu." katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035