Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Arziana Mohmad Azaman
Title :UPTM semarak warisan budaya dan kelestarian alam
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :14 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM - Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) sekali lagi membuktikan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dan pemeliharaan warisan budaya melalui penganjuran University Social Responsibility (USR) UPTM: EcoHeritage-Where Culture Meets Nature baru-baru ini. Pengarah projek, Zalina Zalwadi berkata, pihaknya berharap EcoHeritage tidak sekadar menjadi program berkala tetapi berkembang menjadi satu gerakan berterusan yang menggabungkan pendidikan, kelestarian dan pemerkasaan komuniti. “Kami mahu mahasiswa membawa pulang bukan sahaja ilmu akademik, tetapi pengalaman hidup yang membentuk sahsiah dan kesedaran sivik,” katanya. Beliau berkata demikian pada program di Tanjong Karang dan Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor yang diadakan baru-baru ini. Program yang menghimpunkan lebih 55 peserta itu menjadi wadah penting dalam memperkukuh hubungan universiti dengan komuniti luar bandar, di samping memberi peluang pembelajaran serta pengalaman kepada pelajar. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti penanaman pokok bakau, menggagau ikan di bendang, bermain layang-layang, mandi palong dan malam kebudayaan melibatkan pertukaran budaya antarabangsa dengan menampilkan tarian kuda kepang serta mencanting batik. Selain itu, peserta turut berpeluang meninjau keunikan perusahaan tradisional tempatan seperti kilang baulu, kerepek, nata de coco, beras dan coklat di Sungai Besar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035