|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN: Pengunjung pusat rekreasi Taman Gelora, di sini terpaksa berdepan bau yang tidak menyenangkan, berikutan ribuan ikan dalam dua tasik buatan itu mati sejak semalam.
Antara spesies ikan pelbagai saiz yang mati ialah ikan susu dan ikan belalak mata. Ikan yang mati timbul di permukaan tasik yang menjadi lokasi riadah penduduk.
Tinjauan di tempat berkenaan hari ini mendapati, walaupun kakitangan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) sejak semalam mengutip bangkai ikan untuk dilupuskan, didapati ikan mati sentiasa ada di beberapa kawasan dua tasik berkenaan.
Mereka mendakwa, kejadian ikan mati berlaku sejak semalam dan pihaknya mengutip ikan mati bagi mengelak bau tidak menyenangkan di kawasan rekreasi itu yang menjadi tumpuan pengunjung setiap hari.
Ikan susu yang hidup dalam air masin menjadikan Tasik Taman Gelora sebagai habitat selepas air laut masuk ke tasik.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Roslan Abu Hasan, berkata pihaknya akan menyiasat punca kematian ikan di dua tasik di Taman Gelora sejak semalam.
Menurutnya, pegawai Pusat Biosekuriti Jabatan Perikanan Pahang hari ini telah mengambil contoh ikan yang mati bagi tujuan analisa untuk menentukan punca sebenar beribu ikan mati. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |