Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :'Air soft gun' tetap dikategorikan senjata tiruan, 41 lelaki ditahan
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :2 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Keterujaan 41 lelaki tempatan yang ingin mengadakan aktiviti `War Game' terbantut apabila ditahan dalam operasi khas Ops Laras di kawasan Padang Hangus, Gebeng, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata mereka yang berumur antara 21 dan 66 tahun iditahan dalam operasi jam 3 petang hingga 6.30 petang. Berdasarkan siasatan, mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan termasuk pesara dan anggota tentera, jurutera, juruteknik, doktor fisioterapi, guru, pekerja kilang, pekerja swasta serta pelajar. "Hasil operasi itu, sebanyak 406 unit pelbagai jenis senjata api tiruan dan aksesori dirampas di tanah rizab Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang belum dibangunkan. "Antara yang dirampas ialah 65 laras senapang dan 32 pistol angin serta 130 kelopak peluru, 28 vest dan 35 aksesori lain termasuk skop dan walkie-talkie. "Nilai rampasan dianggarkan melebihi RM100,000 kerana ada satu laras senapang bernilai melebihi RM6,000 tidak termasuk aksesori lain," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini hari ini.   Operasi itu hasil risikan serta maklumat awam dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Team D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Polis Kontinjen Pahang dengan kerjasama unit khas TLDM. Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 (Akta 206) kerana memiliki senjata api tiruan tanpa lesen atau permit yang sah. Katanya, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali. "Seramai 41 individu yang ditahan reman hingga 4 September ini untuk siasatan lanjut," katanya. Ashari berkata, walaupun air soft gun dianggap sebagai `senjata permainan', ia tetap dikategorikan sebagai senjata api tiruan mengikut undang-undang negara ini. "Aktiviti seumpama ini boleh menimbulkan keresahan awam serta berpotensi disalahgunakan untuk tujuan jenayah," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035