|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN: Istana Pahang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pernah menawarkan sebarang bentuk bantuan kepada orang ramai melalui platform TikTok.
Perkara itu ditegaskan dalam hantaran melalui Facebook rasmi Kesultanan Pahang, hari ini, susulan kemunculan sebuah akaun TikTok menggunakan nama 'Datuk Muhammad Yusuf' yang dikesan memperdaya masyarakat dengan memanipulasi wajah baginda melalui teknologi kecerdasan buatan (AI).
"Istana Pahang menegaskan perbuatan itu adalah cubaan penipuan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan imej institusi diraja.
"Sehubungan itu, orang ramai diminta lebih berhati-hati, bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat serta tidak mudah terpedaya dengan tawaran palsu yang disebarkan dalam media sosial," katanya.
Susulan itu, Istana Pahang membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menurut hantaran itu lagi, orang ramai juga digesa segera membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya dihubungi atau menerima sebarang mesej mencurigakan atas nama Tengku Ampuan Pahang.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |