|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan bot nelayan tempatan kelas C kerana melanggar syarat sah lesen dalam operasi bersepadu di perairan Kuala Kuantan, di sini semalam.
Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab, berkata terdahulu bot terbabit dikesan mencurigakan ketika bersauh kira-kira 2.9 batu nautika dari tenggara Kuala Kuantan sebelum ditahan dalam operasi Preventive SAR dan Op Makmur jam 9.50 pagi.
Katanya, pemeriksaan menemukan lima kru termasuk tekong warga Myanmar berusia antara 32 hingga 45 tahun.
"Seorang daripadanya memiliki pas lawatan kerja sementara (PLKS) tamat tempoh, manakala empat lagi tidak memiliki dokumen sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
"Mereka juga gagal mengemukakan permit kerja daripada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
"Bot bersama kru, peralatan menangkap ikan, dokumen serta hasil laut dianggarkan seberat 720 kilogram dibawa ke Jeti Penerpa Kuantan Slipway untuk siasatan lanjut," katanya.
Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |