Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Noor Atiqah Sulaiman
Title :Pelajar UPM harumkan nama Malaysia di Belanda
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :5 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) mengharumkan nama negara apabila muncul sebagai juara dalam pertandingan Eindhoven Semicon Summer School (ESSS) 2025 yang berlangsung di Eindhoven, Belanda dari 25 hingga 29 Ogos lalu. Pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan (FK) UPM, Muhammad Zulfakhri Zulkifli, yang membawa projek bertajuk "Ke arah Sistem Fotonik Jalur Lebar Bersepadu: Pembangunan Konsep Instrumen Spektroskopi Masa Nyata Mudah Alih itu berjaya menewaskan 75 peserta lain dari pelbagai negara. Lebih membanggakan, Zulfakhri adalah satu-satunya wakil dari Malaysia yang menghimpunkan 80 peserta dari lebih 20 universiti terkemuka dunia, termasuk institusi ternama dari Eropah "Saya berbesar hati dapat mewakili UPM dan Malaysia di pentas antarabangsa ini menerusi jemputan rasmi kedutaan Belanda ke FK UPM. "Program ini memberi pendedahan berharga mengenai teknologi semikonduktor dan kemenangan ini menjadi pemangkin untuk saya terus menyumbang kepada pembangunan teknologi negara," katanya. Peserta pertandingan dibahagikan kepada 12 kumpulan, masing-masing menghasilkan projek bertemakan sistem fotonik dalam tempoh lima hari sebelum membuat pembentangan pada hari terakhir. Bersama rakan pasukan dari Belanda, Itali, Taiwan, dan Romania, Muhammad Zulfakhri menampilkan inovasi berimpak tinggi sehingga melayakkan mereka meraih gelaran juara serta membawa pulang hadiah wang tunai €600 (RM3,000) dan sijil penyertaan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada FK UPM, Kedutaan Belanda, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), TalentCorp, serta Sekretariat National Semiconductor Strategy (NSS) atas sokongan dalam menjayakan penyertaannya.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035