|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUALA LUMPUR: Kejayaan dalam arena sukan tidak menghalang atlet sepak takraw negara, Zuhri Muhammad Zain, daripada mencipta sejarah peribadi apabila berjaya menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) di Universiti Teknologi MARA.
Graduan berusia 24 tahun itu, yang juga tonggak pasukan Selangor Pistons sejak tahun 2023, menyifatkan pencapaian akademik itu adalah hasil pengorbanan, disiplin dan semangat juang yang sama digilap di gelanggang.
"Bagi saya, kejayaan akademik ini adalah hadiah buat ibu bapa, jurulatih serta rakan sepasukan yang sentiasa memberi sokongan.
"Ia bukti bahawa atlet juga mampu cemerlang dalam pelajaran, bukan sekadar di lapangan sukan," katanya selepas Istiadat Konvokesyen Ke-102 di UiTM Shah Alam hari ini.
Berdasarkan pencapaian itu, Zuhri kini berhasrat untuk terus mengimbangi kerjaya sebagai atlet kebangsaan sambil merancang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Sepanjang pengajian, Zuhri membahagikan masa antara jadual latihan, pertandingan antarabangsa dan tugasan akademik.
Sebagai rekod, beliau pernah mewakili negara dalam kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dan membantu skuad kebangsaan menjuarai kejohanan berkenaan. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |