Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Polis Pahang terima 1,000 kotak makanan Madani Prihatin
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :26 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Polis Pahang menerima sumbangan 1,000 kotak makanan Madani Prihatin berisi barang keperluan asas seperti beras, minyak masak dan gula, hari ini. Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob, berkata sumbangan kotak makanan yang dianggarkan bernilai RM100 itu disalurkan kepada beberapa kategori penerima termasuk pesara polis. Katanya, selain itu kotak makanan berkenaan turut disampaikan kepada pesakit kronik, pengantin baharu, ibu atau bapa tunggal, balu dan orang kurang upaya (OKU). "Golongan asnaf, pesakit terlantar, mualaf, keluarga yang mempunyai lima anak atau lebih, individu berpendapatan di bawah kadar purata 40 peratus serta pekerja pembersihan turut menerima sumbangan ini. "Kepada penerima, gunalah barangan yang disediakan secara berhemah dan penuh syukur serta elakkanlah sebarang pembaziran kerana setiap rezeki yang dikurniakan ini adalah hasil keprihatinan dan kasih sayang daripada mereka yang sudi membantu," katanya. Azry Akmar berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan kotak makanan Madani Prihatin di Dewan Badminton, Kompleks Logistik Alor Akar di sini. Sumbangan itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Dr Sim Chon Siang yang mewakili Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi. Pada masa sama, beliau berkata, sumbangan itu akan memberi manfaat besar kepada penerima, bukan sekadar dalam bentuk barangan makanan asas tetapi sebagai simbol harapan dan tanda bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran hidup.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035