|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| ROMPIN: Seorang kakitangan Jabatan kerja Raya (JKR) Pahang dikhuatiri lemas selepas terjatuh bot ketika memancing di Sungai Kedaik Asal, dekat Kampung Kedaik Lama, di Muadzam Shah, di sini, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata Saharudin Harun, 44, dilaporkan terjatuh ke sungai dan hilang seelpas dihanyutkan arus kira-kira jam 10 pagi.
Menurutnya, bot dinaiki dua pemancing berkenaan dipercayai terlanggar tali pukat menyebabkan mangsa tercampak ke sungai, manakala rakannya terselamat.
Katanya, sepasukan 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah dan Pekan bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan jam 10.28 pagi yang dibuat rakan mangsa.
"Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba turut dikerah ke lokasi dan sudah melakukan selaman di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Zulfadli berkata, aras sungai di lokasi kejadian lebih dua meter dalam dan arus deras kerana musim hujan.
Operasi mencari dan menyelamat dibantu polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |