Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Fazli Ahmad
Title :Kakitangan JKR jatuh bot ditemukan lemas
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :29 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
ROMPIN: Seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot ketika memancing di Sungai Kedaik Asal dekat Muadzam Shah di sini semalam, ditemukan lemas hari ini. Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, berkata Saharudin Harun, 44, ditemukan terapung oleh pasukan mencari dan penyelamat pada jam 11.25 pagi tadi, kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. Katanya, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sempurna dan lengkap berpakaian. "Berdasarkan siasatan mangsa dan rakannya tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian dan Saharudin dipercayai tidak pandai berenang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam, Saharudin yang bertugas sebagai pembantu mekanikal di JKR Kuantan dan rakannya berusia 48 tahun, menaiki bot di sungai terbabit untuk memancing. Bot itu dilaporkan tersangkut pada tali pukat, menyebabkan mangsa tercampak ke sungai dan hilang dihanyutkan arus. Mangsa cuba diselamatkan oleh rakannya tetapi gagal berikutan arus deras manakala enjin bot tidak dapat dihidupkan. Operasi mencari dan menyelamat disertai bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dilancarkan sejurus mangsa dilaporkan hilang pada jam 10.28 pagi semalam. Mayat dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035