Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Asrol Awang
Title :Afiq Danial hampir putus asa, bantuan realisasikan hasrat sambung belajar di UMPSA
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :27 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PEKAN: Mengenangkan nasib keluarga yang tidak berkemampuan, Muhammad Afiq Danial Arifin membuat keputusan menolak tawaran mengikuti pengajian Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Bagaimanapun, dengan keprihatinan semua pihak termasuk guru dan pihak UMPSA, beliau akhirnya menerima tawaran itu selepas dimaklumkan masalah dihadapi terutama berkaitan kewangan selesai. "Saya berterima kasih dan bersyukur dengan sokongan daripada semua pihak terutama guru dan pihak UMPSA yang mahu saya mengikuti pengajian di universiti "Saya akan berusaha dan memberikan yang terbaik atas kerjasama dan sokongan yang diberikan," kata Muhammad Afiq Danial dari Kampung Bukit Berangan, Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu. Hari ini, dengan persiapan yang tidak seberapa, Muhammad Afiq Danial yang juga anak tunggal pasangan Arifin Abu Bakar, 60 dan Wok Awang, 59 hadir dan mendaftar di UMPSA Pekan. Bagi Wok, dia tidak menyangka anaknya itu berjaya menyambung pengajian di universiti dan berterima kasih di atas pelbagai bantuan yang diberikan. Keprihatinan guru Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Muhammad Azam Md Nor banyak membantu Muhammad Afiq Danial sebaik dimaklumkan menerima tawaran melanjutkan pengajian di UMPSA. Sementara itu, Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, berkata Muhammad Atiq Danial menerima insentif bantuan pendidikan Yayasan Perkasa Siswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Biasiswa Sulung dan komputer riba. "Biasiswa Sulung ini menawarkan pengecualian yuran universiti kepada individu pertama dalam kalangan keluarga B40 yang belum mempunyai ahli keluarga melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama untuk menyambung pengajian di universiti awam (UA). "Pihak universiti dan Yayasan UMPSA sentiasa prihatin dalam menghulurkan bantuan buat pelajar berkeperluan dalam meringankan beban mereka terutama di awal pengajian semasa melangkah masuk ke menara gading," katanya. Mulai hari ini, seramai 2313 pelajar mendaftar di dua kampung UMPSA yang dilaksanakan secara pandu lalu bagi memudahkan urusan pelajar dan keluarga.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035