|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUALA LUMPUR: Pasukan Petanque Lelaki UiTM sekali lagi membuktikan keunggulan mereka apabila berjaya mengekalkan kejuaraan pada Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) 2025.
Pencapaian itu hadir selepas mereka menewaskan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Gelanggang Petanque UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, pagi tadi.
Bagaimanapun, nasib berbeza buat pasukan wanita UiTM yang terpaksa berpuas hati membawa pulang pingat perak selepas tewas di tangan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam saingan akhir.
Menurut Pengurus Pasukan, Prof Madya Dr Shahsuzan Zakaria, pasukan petanque UiTM menunjukkan prestasi yang konsisten sejak daripada Sukan Pantai Badan Berkanun (SUPANUN), Sukan Antara Staf Universiti Malaysia (SUKUM) sehingga ke SUKANUN.
"Kita berjaya berjaya menuai emas dalam ketiga-tiga kejohanan itu.
"Ini adalah satu pencapaian luar biasa dan hasil daripada percaturan bijak ketua jurulatih, Syed Ali, yang berjaya merencana strategi mantap memperkukuh pasukan," kata Shahsuzan.
UiTM terus komited memperkukuh dominasi dalam sukan petanque di peringkat kebangsaan menerusi pembabitan aktif dan pembangunan bakat dalam kalangan staf dan atlet.
Sebagai rekod, kategori lelaki pada edisi kali ini menyaksikan penyertaan sebanyak 15 pasukan dari pelbagai agensi badan berkanun, manakala kategori wanita membabitkan sembilan pasukan. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |