Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang, Tengku Ampuan seru rakyat doakan keselamatan misi kemanusiaan ke Gaza
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :04/09/2025 07:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyeru semua rakyat bersama-sama mendoakan keselamatan dan kejayaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza. "Semoga misi kemanusiaan GSF ke Gaza beroleh kejayaan," demikian titah baginda berdua menerusi hantaran berserta poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook Kesultanan Pahang malam tadi. Sebanyak 24 kapal berlepas dari Pelabuhan Barcelona ke Gaza pada 1 Sept lepas, disertai lebih 1,000 peserta antarabangsa dari 44 negara termasuk 15 wakil Malaysia. Difahamkan fasa seterusnya akan menyaksikan kumpulan kedua terdiri 15 delegasi Malaysia berlepas dari pelabuhan Itali bersama delegasi antarabangsa pada 4 Sept ini, serentak dengan kumpulan ketiga Malaysia yang kini berada di Tunisia. GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza. -- BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035