Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Pertanian di Cameron Highlands perlu utamakan amalan ESG - Sultan Pahang
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :11/09/2025 23:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi memastikan hasil pertanian terus diterima di pasaran antarabangsa. Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kegagalan mematuhi elemen ESG boleh menyebabkan produk pertanian tempatan ditolak oleh negara luar. "Di sini saya ingin menegaskan supaya kebun-kebun di Cameron Highlands menukar corak pertanian kerana dunia kini semakin canggih dan aspek ESG perlu diterapkan. Tanpa elemen ESG, mungkin produk yang dikeluarkan tidak dapat dijual di peringkat antarabangsa. "Dari semasa ke semasa, ada produk dari Cameron Highlands tidak dibenarkan dieksport, khususnya ke Singapura dan negara-negara lain. Ini satu kebimbangan," titah baginda dalam hantaran di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang hari ini. Baginda turut menegaskan bahawa kerajaan, pakar pertanian dan pekebun perlu merangka pendekatan baharu dalam meningkatkan kaedah serta corak pertanian di kawasan tanah tinggi itu. "Kita perlu melihat perkara ini secara serius dan terperinci. Perlu ada libat urus dan perbincangan untuk memperkukuh corak serta kaedah pertanian di Cameron Highlands. "Ini nasihat saya dan harap ia diambil kira secara serius. Ini bukan bahan gurauan kerana ia melibatkan masa depan dan keadaan geografi di Cameron Highlands," titah baginda. -- BERNAMA    
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035