Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir penghargaan kepada warga ATM
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :16/09/2025 11:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah bersempena dengan sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke-92. Baginda berdua turut menzahirkan rasa bangga dan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh warga ATM sama ada yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara atas dedikasi, keberanian serta semangat juang yang kental dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air. "Penghormatan turut dizahirkan kepada para perwira ATM yang telah gugur ketika menjalankan tugas. Jasa, bakti dan pengorbanan mereka akan sentiasa dikenang sepanjang zaman, dan semoga roh mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan para syuhada," menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang. Baginda berdua turut berdoa supaya ATM terus diperkasakan dengan teknologi serta kepakaran strategik, sentiasa berada di barisan hadapan dalam mempertahankan tanah air dan panji ATM terus berkibar megah demi keamanan, kemakmuran dan kedaulatan Malaysia yang dicintai. Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut menzahirkan penghargaan kepada warga ATM yang menjadi benteng utama berdiri teguh demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran Malaysia. "Terima kasih diucapkan kepada seluruh anggota ATM atas pengorbanan, keberanian, dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau. -- BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035