Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Diana Azis
Title :Mansuh matrikulasi beri kesan peluang kemasukan ke universiti awam - UTM
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :13 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM - Program matrikulasi perlu dikekalkan sebagai antara laluan utama ke pendidikan tinggi bagi memastikan akses lebih adil, saksama dan inklusif kepada pelajar seluruh negara. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menegaskan, pemansuhan program tersebut akan memberi kesan terhadap peluang kemasukan pelajar ke universiti awam (UA), sekali gus bercanggah dengan aspirasi nasional dalam membentuk bakat masa depan negara. "UTM yakin Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia komited memastikan anak-anak Malaysia menikmati peluang pendidikan menyeluruh serta adil, sejajar Perlembagaan negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. "Kami juga berharap agar isu ini tidak terus menjadi polemik berpanjangan, sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi demi menjamin masa depan generasi muda yang lestari dan cemerlang," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu. Sebelum ini, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) dilapor menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam bagi jurusan ijazah. Presidennya, Tang Yi Ze berkata, ini kerana pihaknya mendapati silibus STPM terbukti lebih baik. Malah katanya, silibus STPM lebih mencabar dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa termasuk oleh universiti ternama dunia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035