|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| NEW DELHI: Tourism Pahang menganjurkan siri jerayawara di New Delhi dan Chennai bagi menarik pelancong India untuk menerokai "tarikan tersembunyi" negeri itu, daripada khazanah eko-pelancongan hingga ke pulau indah dan pusat peranginan tanah tinggi.
Pegawai jabatan pelancongan bersama 15 wakil hotel, resort dan syarikat pelancongan mempersembahkan kepelbagaian tawaran Pahang - daripada pelancongan rel, perkahwinan destinasi hingga perjalanan perniagaan dan persidangan - kepada pengendali pelancongan serta syarikat penerbangan India.
Kempen promosi itu bermula di New Delhi pada Rabu dan berakhir di Chennai pada Jumaat.
Kami yakin tawaran ini akan menarik minat keluarga dari India, pasangan bulan madu, kumpulan MICE (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran) malah perancang perkahwinan mewah," kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man.
Beliau berkata India merupakan antara pasaran sumber terpenting bagi Malaysia dan sambutan terhadap jerayawara negeri itu mencerminkan hakikat berkenaan.
-- BERNAMA |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |