Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Bernama
Title :Hospital Pengajar UNIMAS dijangka siap November 2026 - Ahmad Maslan
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :06/09/2025 13:17 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KOTA SAMARAHAN: Projek Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang kini memasuki fasa kedua dijangka siap sepenuhnya pada 12 Nov tahun depan dengan kemajuan kerja setakat ini mencapai 66.17 peratus, iaitu tiga hari lebih awal daripada jadual. Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata hospital itu berkapasiti 300 katil dan bakal menyokong ekosistem pengajaran serta pembelajaran dalam bidang Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS, selain menyediakan kemudahan kesihatan kepada penduduk di empat bahagian iaitu Samarahan, Kuching, Serian dan Sri Aman. "KKR menerusi Pasukan Projek Khas 2, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia akan terus memantau kemajuan projek dengan rapi melalui sesi libat urus berterusan dan pemeriksaan berkala bagi memastikan ia siap mengikut masa, kos dan kualiti ditetapkan," katanya dalam kenyataan selepas meninjau projek berkenaan hari ini. Projek bernilai RM485.99 juta itu dilaksanakan secara reka dan bina oleh Perbena Emas Sdn Bhd dengan Pasukan Projek Khas 2, JKR Malaysia sebagai agensi pelaksana. Fasa pertama projek berkenaan yang merangkumi Pusat Kesihatan Prima (PKP) siap dan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi pada 13 Jun lepas. PKP berfungsi sebagai pusat kesihatan harian bagi kes tidak kritikal dengan kemudahan termasuk bilik X-Ray, klinik batuk, klinik mata, klinik warga, makmal perubatan serta bilik pemeriksaan kesihatan awam. Selain itu, fasa pertama turut merangkumi pembinaan surau, pusat asuhan kanak-kanak, kafeteria, pondok pengawal, bangunan mekanikal dan elektrik serta tangki air aras tinggi. Ahmad berkata pemantauan berterusan terhadap projek itu selaras dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan prinsip prihatin dan ihsan terhadap keperluan rakyat, sekali gus mempercepatkan manfaat kepada warga UNIMAS dan komuniti setempat. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035