Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang bantu bina semula rumah mangsa kebakaran di Kampung Cherok Paloh
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :06/08/2025 07:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Keprihatinan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberikan harapan baharu kepada sebuah keluarga di Kampung Cherok Paloh, di sini yang kehilangan rumah akibat kebakaran baru-baru ini. Sultan Pahang semalam turut berkenan meluangkan masa lebih 30 minit untuk melawat empat sekeluarga yang terlibat dalam insiden terbabit yang berlaku kira-kira 4 petang pada Ahad lepas. Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa keluarga Mohd Khiri Amri Abdul Halim, 33, dan isteri Nurzalina Mohd Jusof, 30, bersama dua anak mereka berusia empat dan lapan tahun. "Kita akan berikan bantuan seberapa yang boleh kepada Mohd Khiri Amri dan saya dimaklumkan isterinya akan melahirkan (cahaya mata ketiga) nanti. Kita akan usahakan dapat sebuah rumah baharu yang akan dibina di tapak yang sama dengan kebenaran tuan tanah yang juga datuk saudara mangsa. "Tadi, YB (Yang Berhormat) (Ahli Dewan Undangan Negeri Inderapura Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif) menyatakan akan bantu untuk mencari sebuah enjin bot bagi membolehkan mangsa bekerja semula sebagai nelayan," titah baginda ketika mengadakan lawatan di lokasi kebakaran itu di sini. Sementara itu, Mohd Khiri Amri bersyukur dengan kunjungan Sultan Pahang, dan menganggap sumbangan baginda sebagai sinar baharu kepada keluarganya. "Tuanku titah akan bantu bina semula rumah ini selain nak bantu keperluan asas yang lain. Tuanku juga ingin bantu dapatkan enjin bot baharu kerana enjin bot saya yang disimpan di dalam rumah turut terbakar," katanya. Dalam pada itu, Mohd Khiri Amri berkata Al-Sultan Abdullah akan kembali melihat semula kediamannya sejurus rumah baharu itu siap dibina. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035