Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Sinar Harian
Title :Pemilik Tanah Aina mohon maaf kepada kerajaan Pahang
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :06/08/2025 10:20 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Pemilik dan pengasas Tanah Aina di Pahang, Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil Sabri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri semalam. Permohonan maaf itu dibuat menerusi satu klip video berdurasi tujuh minit 28 saat yang dimuat naik di platform TikTok miliknya. Dalam video tersebut, bekas Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) itu turut merayu kepada kerajaan negeri agar kesemua saman terhadapnya ditarik balik. “Kita sebagai manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan. Jika saya ada membuat salah atau tersilap kata, saya memohon maaf sebanyak-banyaknya. “Saya juga merayu agar kerajaan mempertimbangkan pemutihan terhadap resort-resort yang dibina berhampiran sungai kerana ia turut membantu menaikkan sektor ekopelancongan,” katanya. Sebelum ini, beliau dikenakan saman sebanyak RM1 juta atas pertuduhan memfitnah kerajaan negeri pada tahun 2022. Selain itu, Shariffa Sabrina turut berdepan tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran, yang didakwa telah dijadikan resort dan tempat perniagaan – iaitu Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant di Bentong, serta Tanah Aina Fahad Glamping Resort dan Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort, masing-masing terletak di Raub. - Sinar Harian  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035