Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Astro Awani
Title :Kes Zara Qairina: Sultan Pahang titah solat hajat seluruh negeri
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :10/08/2025 23:27 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua masjid dan surau di seluruh negeri mengadakan solat hajat khas. Menurut kenyataan Kesultanan Pahang di Facebook, solat hajat itu bertujuan memohon kelancaran proses keadilan buat Allahyarhamah adik Zara Qairina Mahathir serta memastikan kebenaran dapat ditegakkan. Baginda turut mendoakan agar ibu bapa dan keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan, kekuatan serta kesabaran dalam menempuh ujian ini. Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama perempuan di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu. Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu pada 17 Julai, sehari selepas insiden berlaku. Kes ini mendapat perhatian meluas, terutamanya di media sosial, selepas timbul dakwaan adanya unsur buli di sekolah berkenaan.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035