Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Norafiza Jaafar
Title :KPT beri sokongan penuh dua ahli akademik sertai misi Global Sumud Flotilla
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :03 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SEREMBAN - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan sokongan penuh misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza yang memasuki gelombang ketiga dan turut disertai dua ahli akademik. Dua pensyarah yang terlibat ialah Profesor Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihak kementerian mendoakan keselamatan semua rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi tersebut termasuk pensyarah terlibat. “Kita sentiasa memberi sokongan kepada para pejuang dan rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung dalam usaha kemanusiaan ini. “Kita juga telah menyuarakan bantahan terhadap tindakan rejim Israel yang tidak mematuhi undang-undang antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Akademia Peringkat Kebangsaan 2025 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pada Jumaat. Dalam misi terdahulu, dua ahli akademik, Dr Taufiq Mohd Razif dan Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs), antara 23 sukarelawan Malaysia dalam misi GSF, dilaporkan ditahan tentera Israel selepas kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa. Misi gelombang ketiga GSF yang bermula pada 27 September lalu disertai delegasi dari pelbagai negara termasuk doktor perubatan, ahli Parlimen, aktivis kemanusiaan dan wartawan. Seramai sembilan delegasi Malaysia menyertai misi kali ini menerusi dua kapal, termasuk Ketua Delegasi Malaysia, Profesor Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, serta beberapa doktor dan wartawan tempatan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035