Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan
Title :Universiti, politeknik, kolej komuniti laksana PdP sempena Deepavali - KPT
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :13 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PUTRAJAYA- Seluruh institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) meliputi universiti, politeknik dan kolej komuniti akan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid kepada pelajar serta tenaga pengajar beragama Hindu sempena sambutan Deepavali Isnin depan. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan memaklumkan kemudahan itu akan berkuat kuasa Khamis ini sehingga Jumaat minggu depan. Jelas kementerian itu, pelaksanaan PdP adalah tertakluk kepada kesesuaian dan keperluan program akademik masing-masing di institusi terlibat agar tidak menjejaskan perjalanan aktiviti akademik secara keseluruhan. "Langkah ini diambil bagi memberi ruang dan kemudahan kepada pelajar serta tenaga pengajar beragama Hindu untuk menyambut Deepavali bersama keluarga dalam suasana yang harmoni dan bermakna selaras dengan semangat keterangkuman dan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia," katanya pada Isnin. Dalam kenyataan sama, KPT turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua pelajar, tenaga akademik, warga KPT serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu. "Semoga perayaan ini membawa cahaya kegembiraan, kedamaian dan kesejahteraan kepada semua," ujarnya. Kira-kira 2 juta masyarakat Hindu akan menyambut Deepavali pada 20 Oktober ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035