Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Rosilawati Rosedi
Title :Pahang catat pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di Malaysia
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :31 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Pahang terus mencatatkan pencapaian cemerlang dengan pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di negara ini bagi tahun lepas dengan kadar 4.9 peratus. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri Pahang dalam memperkukuh daya saing ekonomi negeri. "Alhamdulillah, negeri Pahang telah mencatatkan pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di Malaysia bagi tahun lalu dengan kadar 4.9 peratus, mengatasi purata kadar pertumbuhan negara sebanyak 2.4 peratus. "Pencapaian ini didorong oleh prestasi memberangsangkan sektor pembinaan yang merekodkan pertumbuhan 15.9 peratus, diikuti sektor pertanian 12.8 peratus dan sektor perkhidmatan 1.4 peratus," katanya dalam hantaran Facebook miliknya pada Jumaat. Jelasnya, kerajaan negeri juga memastikan kesejahteraan rakyat terus diperkasa melalui pembangunan sektor-sektor strategik. "Semoga momentum positif ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan, demi merealisasikan hasrat menjadikan Pahang sebagai negeri maju, makmur dan berdaya tahan selaras dengan agenda pembangunan mampan negeri," jelasnya lagi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035