Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Rosilawati Rosedi
Title :CCCECRL rugi lebih RM3 juta akibat kecurian kabel, perketat kawalan projek ECRL
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :14 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
MARAN - China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) mempertingkat langkah keselamatan susulan kerugian melebihi RM3 juta akibat kegiatan curi kabel dan pelbagai komponen lain di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melibatkan tiga negeri setakat ini. Setakat ini, sebanyak 32 kes kecurian direkodkan sejak Jun lalu, dengan jumlah tertinggi berlaku di Pahang (24 kes), diikuti Terengganu (7) dan Kelantan (1). Pengarah Keselamatan CCCECRL Seksyen 13, Shi Liang Hui berkata, keadaan itu amat membimbangkan kerana boleh menjejaskan kelancaran projek nasional tersebut sekiranya tidak dibendung segera. “Antara langkah keselamatan yang diambil termasuk pemasangan 66 unit kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terlibat sejak September lalu. “Selain itu, kita turut menggunakan khidmat syarikat keselamatan bagi mengawal lokasi berisiko serta bekerjasama dengan pihak polis yang menjalankan rondaan malam di tapak projek,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau lokasi projek berhampiran Kampung Luit di sini pada Selasa. Beliau berkata, pihaknya juga mengharapkan kerjasama orang ramai untuk melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya terlihat sebarang aktiviti mencurigakan di sekitar kawasan pembinaan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035