|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| CHUKAI: Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang ditemukan lemas di kolam renang sebuah hotel, di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata pihaknya dimaklumkan kejadian oleh orang awam pada 7.10 malam.
Beliau berkata mangsa Nur Hazwani Abd Halim, 33, yang bertugas di Akademi Pengajian Bahasa mendaftar masuk hotel itu pada 4 petang hari sama.
"Mangsa dikatakan mandi bersama-sama suami pada 4.30 petang dan disedari lemas sejam selepas itu," katanya.
Beliau menambah mayat mangsa yang juga anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri Datuk Abd Halim Jusoh dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |