Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Projek super magnet di Pahang mampu wujud banyak peluang pekerjaan - Wan Rosdy
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :02/11/2025 21:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Projek pembangunan fasiliti pembuatan "super magnet" bernilai RM600 juta yang bakal dibangunkan di Pahang, dijangka mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negeri. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek berimpak tinggi itu juga berpotensi menarik minat pelabur domestik dan antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada limpahan ekonomi kepada rakyat setempat. "Saya mengalu-alukan (pembangunan fasiliti super magnet) kerana apabila ada pelaburan (baharu), kita dapat wujudkan peluang pekerjaan. Ramai orang boleh bekerja dan datang ke Pahang," katanya. Beliau berkata kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Industri Kuantan di di Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) Kampus Kuantan di sini hari ini. Wan Rosdy berkata perkembangan mengenai projek berkenaan akan dibincangkan bersama kerajaan Persekutuan. "Kerajaan negeri juga akan memberikan pandangan yang berkaitan dengan industri ini," katanya. Semalam, media melaporkan projek fasiliti super magnet yang bakal dibangunkan JS Link dan Lynas Malaysia di Pahang, dilihat berpotensi untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia, sekali gus mewujudkan potensi baru dalam industri hiliran bagi nadir bumi. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035